Friday, November 6, 2009

Setelah sekian lama..UPDATE ikhlas dari bumi anbiya'.. Hee..

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Diumumkan.. Buat julung2 kalinya.. inilah update pertama ana dari bumi perlembahan Nil ini. Haa.. nak update apa ya? Banyak sangat ni nak share. Jeng3..

.

.

.

Err.. Taktaw pulak nak tulis apa. Dah ada peluang nak update blog tak reti pulak nak stori apa. Huhu. Tah apa2. :P Apapun, layan jelah gambar sekeping dua dulu..


Pemandangan dari *sya-ah 10 Kedah's Students Hostel di Hayyus Sabii'..

Taman bunga? Taman rumput? Tapi yang pastinya ni memang sebuah taman di hadapan asrama..

Cam kereta mainan la pulak..

Hai la Mesir, bila ambil gambar nampak bersih dan teratur pulak negaramu ini..

Rasanya, setakat ni dulu update kali ni. Haha. Aci tak update sikit sejemput gini? InsyAllah lain kali ada kesempatan ana update lagi. Bubuh gambar banyak2. Maaf ya semua. Apapun, ketahuilah bahawa diriku di sini tak pernah melupakan anda semua di sana! Betul. Tak main2 ni. Ohw. Terasa juga rindu sama Malaysia! Huu.

notatambahsukahati: di saat mula ana menjejakkan kaki hinggalah ke saat ini ana bahagia saja berada di sini. ALHAMDULILLAH. eh, anda semua apa khabar ya? lama sungguh dah ni tak menjengah ke teratak anda.. Argh! Sangat rindukan kalian!!

notatambahsukahati2: masih dalam mood tak reti nak update blog. tapi ada satu benda penting untuk diberitahu, harap sangat anda doakan ana berjaya untuk exam minggu depan ya. huu.

*sya-ah= tingkat dalam bahasa 'ami. fushahnya syaqqah.

Thursday, September 24, 2009

Entry RIANG RIA di Hari RAYA.. LaLaLaaa~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya cepat sangat masa ni berjalan. Dah raya lima pon harini. Nak ucap SELAMAT HARI RAYA pon tak sempat haritu apatah lagi nak jalan-jalan beraya di teratak anda semua. Sedar tak sedar harini jugaklah dah nak fly ke Mesir. Huh! Saat ini.. entahla.. tak tahu hati ni rasa apa! Huahuahua.

Apapun, doakan agar ana dan sahabat2 yang lain dipermudahkan segala urusan. Moga selamatlah semuanya nanti... Ameen.





Dah nak pi dah ni. Waaaa!

notatambahsukahati: Sempat lagi tak nak ucap? Aaah, hentamla! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ya semua. Maaf zahir dan batin. Erm. Cam tak sesuai pulak. Laki bini takpela. Haha. Maaf andai ada salah dan silap yang pernah ana lakukan pada anda sepanjang perkenalan kita semua.. 0-0 ya!


notatambahsukahati2: Naik flight di airport Kepala Batas Alor Star kul 9 malam nanti. Then transit di KLIA and Kuwait. Jomla turun ramai2 hantar kami semua! Sapa nak datang kita jumpa kat mana2 antara tiga airport tu. Boleh? Haha.

Friday, September 18, 2009

Entry khas utk KAKLONG: orang lain tak payah baca pon takpa.

120909

Miss GAZA:
Kaklong, aku dah beli dah laptop baru nak bawak pi sana. Hehe..


Kaklong: Oit! Dah taw beli laptop baru tu tak reti2 ka nak UPDATE BLOG hang tu..!!!

Miss GAZA: ?!?!?!?!

.
.
.
Kaklong, bukan sengajala aku tak maw update blog. Aku ada sebab weh.. Haha.


notatambahsukahati: Sori lama tak update blog. Kamu jangan hilang taw ya blogku.. Kusudah minta ampun ni!!

notatambahsukahati2: Kepada sesiapa selain Kaklong yang membaca entry ni, MINTA MAAF ya sebab tak punya kesempatan membuat semak di blog anda. Serius! Sangat rindu ni.

notatambahsukahati3: Nak pi teraweh dulu. Malam ni dah last. Last dalam Ramadhan ni. Maybe juga last dalam hidup ni. Belum tentu teraweh depan boleh buat lagi. Ok. Update lain. Entry RAYA pulak kan. Haha.

Saturday, September 5, 2009

~Sape tere baik TOLONG CEPAT. Bantuan kategori SEGERA okey.

Deangan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Salam keamanan buat anda semua.

Huh! Masalah besar ni. Blog ana dah nampak cam hindu parya dah ni!!!

APA PASALLA FONT YANG BERLINK JADI KALER BIRU DAN PURPLE LAK NI?

Tiba2 ja..


Kronologi:

Link colour - DARK BROWN (yeke dark? tapi kaler kokola yg pastinya!) - bertukar jadi BIRU anggg2 gitu!

Visited Link - LIGHT BROWN (koko cerah sikit dari font-colour utk link) - transform into PURPLE UNGU LAVENDER.

Dekat setting font and colour dah betul da. Memang dah pilih colour coklat/koko. Part coding HTML pon appear kod untuk kaler koko punya. Tapi bila save and bukak blog tak pulak jadi seperti yang disettingkan pon. Waaa! Help me!!

Anybody?

notatambahsukahati: sejak buat belog baru ni banyak je dugaannya. huu. poyo! rasanya mcm faktor virus pon ada jugak.

notatambahsukahati2: nak beli lappy. insyAllah. ada sebarang recommendation? dah try usha dah mana bekenan. tapi saja tanya anda mana taw ada yang lagi best n lagi bagus. most important spec mesti ok dan bajet 2K n below saja. student nak pakai x cari mahal2la. sony vaio? dlm mimpi jela!

notatambahsukahati3: balik kampung harini dan berbuka di sana. away for 2 days. huh! bolehla release tension jumpak atok kan. kan. =)

Friday, September 4, 2009

~TAG - apetu.. coklatkah?

(Macam ada org tengah shuffle je lam perut ni! Haish..)

Bismillahirrahmaanirrahim…

Assalamualaikum..

Salam sejatera..

Harini begitu indah kan? Tak rasa lapar sikit pon puasa harini. Indah untuk ana update. UPDATE kalini ana nak tempek TAG saja. Tag ni senang sama nak buat. Pasal tu sama. Tak susah pon. Huhu.

Ok. Tag dari Einsyie*.. Sori dek, baru ada kesempatan sekarang nak buat. Hope kamu tak marah sal akak take time untuk bubuhnya di blog.. Hakikatnya nak buat tu punyala sekejap je pon.. =)

1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengapa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu..

Berehh alhamdulillah..=)

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan..

Okey. 10 orang ni ana tag kaum - kerabat ana dan sahabat2 maahadianz dulu2lah.. =P

~ Timah – bizi kat ladang nampak? ~

~ Kaklong – bila maw kenduri ni? =P ~

~ Sabila – apa habaq orang ganu? ~

~ Idah – baru wat blog kan? meh wat tag lak..hehe~

~ Syifak – camna posa kat mesed tahun ni? ~

~ Mc Mirah – bila bleh meeting? takatla lum ada can nak jumpak.. ~

~ Maiyah – lamanya tak dengaq habaq.. izayyik ya sohi? ~

~ Dak-dak – hok ni lagi lama tak dengaq crita.. rindula! ~

~ Reika – assalamualaikum ticer..=P ~

~ Adek Aida – baru kenal ja neyh.. salam ukhwah dek..=) ~


~ Sapa2 yang sudi ambil tag ni untuk disebar- sebarkan pada umat ISLAM lain keseluruhannya.. Hee.. Sangat2lah menghargainya! ~



3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara.. Jadi sebar2knlah ya...

Aiwah.. =)

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang ja.. Lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? Zoomla..

InsyaAllah... Mudah –mudahan kita sama2 mampu mengamalkan Islam sepenuhnya sebagai satu cara hidup! 100% Ameen..

Firman Allah S.W.T dalam surah A-li 'Imran ayat 19. Mafhumnya:


“Sesungguhnya agama yang diredhai dan yang benar di sisi Allah S.W.T. hanyalah agama Islam semata-mata..”


FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang bermaksud:


“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak..”


Okey. Takat ni saja update kalini. Sok or lusa or tulat or tunggeng or minggu depan insyAllah akan diusahakan untuk update lagi. Hah! Perluka ayat camni?? Assalamualaikum dan selamat berpuasa..

*Adek Einsyie ni ana kenal masa program kat Pendang ritu. Budak ni nak pi Jordan 23hb ni, awal sehari bertolak dari kami geng2 yang pi Mesir ni. Einsyie, siap packing lum ni? Hehe. Best of luck yah Einsyie! Selamat menuntut ilmu disana.. Belajaq leklok. Salam sayang dariku untukmu dek.. =) Eh, jangan lupa kirim salam sayang kat Husna sama no!

notatambahsukahati: Pu3 Balqis, ana tak tag nt sal nt pon dah kena tag yang sama dari Einsyie.. Nt tak wat lagikan? Lalalaa =P

notatambahsukahati2: sebenarnya ada satu lagi tag dari Bro Ayie yg perlu disettlekan..(Harap2la bro tak ingat! Da berzaman punya tag da..) Tapi rasanya ana memang tak mampu kot nak buat. Malulaa weyh nak jawab tag gitu.. Haha.. (Sori yer bro! Jgn maraa..=P) Lalalalaaaa~

Tuesday, September 1, 2009

~ini sepatutnya entry lewat OGOS. entry MERDEKAkah?

“Ramadhan.. Awalnya Rahmah (kasih sayangNya) ..

Pertengahannnya Maghfirah (penghapusan dosa)..

dan di akhirnya Itqun min an-naar (pelepasan dari api neraka)..”



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Erm.. Sedar tak sedar dah 10 hari kita berpuasa.. means lebih kurang dalam 20 hari lagi to go until Syawal! =P dan harini merupakan hari yang ke-11 kita berpuasa. So, di peringkat awal Ramadhan ini..

ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN IBADAH PUASA YANG SUDAH ANDA KERJAKAN?

Agak2la dalam fasa pertama ramadhan ni sudahkah kita berjaya memperoleh yang dikatakan rahmahNya itu? Sama2la kita renungkan.. Isk..Isk..

Alhamdulillah dengan izinNya sekarang kita sudahpun melangkah ke fasa kedua di bulan yang mulia ini iaitu fasa MAGHFIRAH (pengampunan dosa-dosa). Jika 10 ramadhan lepas kita sedikit terlalai mahupun terleka dan tidak sedar berlalunya ia begitu saja, barangkali kita masih boleh fix serta upgradekan lagi ibadah kita untuk sisa ramadhan yang masih berbaki ini. Sama2lah kita berusaha untuk pertingkatkan ibadah2 sunat disamping memperkasakan yang fardhu pada Ramadhan kali ini.. Moga kita berupaya untuk istiqomah melaksanakannya serta mampu beroleh Rahmat dan Maghfirah dariNya insyAllah..

Daripada Abu Hurairah R.A telah berkata: Aku telah mendengar

Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu..”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

.
.
.
Ini sayur kangkong SEGAR yang my younger sister bawak balik rumah baru je from her farm in UiTM. Banyak. Huu.. Buat sayur kangkung masak belacan pon best! Tapi kalaw masak seminggu makan 1 family pon belum tentu habis lagi ni.. Er, ada sapa2 nak beli? Bolehla buat lauk berbuka takpon sahur japgi.. Paling penting kangkong ini sangatlah fresh and no racun2 ma.. Kangkong!! Kangkong!! Hee..



Okeylah, setakat ni dulu post kalini. Bak kata pembaca berita TV1, Salam 1 Malaysia dan assalamualaikum. Selamat berpuasa semua..



notatambahsukahati: ini message SEMALAM yg perlu dibaca oleh anda semua. anda expect ini entry merdeka? haha. mana mungkin ini sudah 1september ma.. btw, rasa best tahun ni bila negara rakyat Malaysia menyambut kemerdekaannya yg ke-52 dengan penuh kesederhanaan. tak pula melebih-lebih dan sibuk dgn “pesta pembaziran” seperti selalu. barangkali inilah barakahnya kedatangan Ramadhan pada bulan kemerdekaan tahun ini. rakyatnya begitu menghormati kemuliaan Ramadhan berbanding sibuk utk terkinja-kinja menyambut merdeka yg tak difahami mereka itu. even masih wujud lagi masalah belia2 tak sedar diri yg sibuk berpesta maksiat! salam merdeka buat anda.. paling penting kita merdekakan diri kita dulu dari aspek minda dan jiwa ini, ZEROkan dari segala bentuk penjajahan! Totally ZERO yah! =D

notatambahsukahati2: laa.. apa lagini?? Okey, I love u MALAYSIA! Peace no war yah! =) wah! footnote terpanjang dalam sejarah blogging ni..=P

Saturday, August 29, 2009

~Kira UPDATEla ni kan.. =P

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat beristirehat ana ucapkan pada anda semua di hujung minggu Ramadhan yang indah ini..

Ok. Nak ucap yang tu saja.. No time to update banyak2. Nak update pon rasa tak syok ni. Stori lain nanti.

notatambahsukahati: selamat berbuka dan bersahur…eh, ada kaitan ke?

Tuesday, August 25, 2009

~RAMADHAN is here..adios BTN!

Bismillahirrahmaanirrahim...

" O you who believe! Observing As- Sawm (the fasting) is prescibed for you as it was prescibed for those before you.. that you may become al-Muttaqoon (the pious)"
-Baqarah 2:183-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah.. berjumpa kita di entry berbaur Ramadhan kali ni.. Apa khabar anda semua? Macam mana dengan puasa anda? Masuk harini dah 4 hari umat Islam berpuasa.. Harap-harapnya yang kat luar sana tu masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan ibadah puasa kita yang masih banyak berbaki lagi ni.. Huh! Dah lepas dah beban ber'BTN' seminggu..Lega rasanya..Waaa!! Syoknya dah sampai rumah..

Alhamdulillah.. selama 5 hari di Kem Bina Negara Meru, Klang untuk BTN semuanya berjalan lancar. Ana boleh kata..boleh tahan bestla BTN ni.. Taklah teruk mana.. Taklah seteruk seperti yang disangka dan digambarkan.. Semuanya masih mampu untuk ana redahi.. Alhamdulillah..

Jangan main2 ngan budak No.17 ni.. Dia peserta terbaik BTN kali ni taw! Haha! Nama dia....=P

Best! Huu.. Agak best sebenarnya.. Eh, apa yang bestnya? Haha.. Best berjalan ke Klang? Mungkin.. Naik bas ngan kawan-kawan memangla best! Macam pi rombongan Cameron gitu. Erm.. Dalam BTN lak, aktivitinya agak padat.. Padat dengan ceramah, LDK, tiap2 pagi kena kawad dan bla bla bla.. Tapi yang bestnya pi BTN ni kita boleh berkawan dengan ramai orang dan bekerjasama sesama ahli kumpulan..Berukhwahla lebih kurang maknanya.. selain mengajar kita membina diri sendiri. Ketepikanlah apa yang tak sedap didengar, tak syok dipandang dan bosan untuk dibincang time ceramah dan LDK tu.. Politik?? No komen ya.. isu sensitif tu! Janji makan sedap, time petang boleh main puas-puas, katil nak tidur pon best, bilik air selesa habes, penceramah pulak hensem2, fesi gila-gila sporting .. tu dah cukup bestla kan?

Apapun, BTN ni memang dah banyak mengingatkan ana tentang matapelajaran sejarah yang sudah ana tinggalkan time form three five dulu..Huh! Pi BTN baru teringat balik sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Padahal sebelum ni dah pernah taw dah tapi lupa lak.. Syukur alhamdulillah kita ni lahir2 dah hidup di negara Malaysia yang aman damai ni.. Huu.. Kesimpulannya di sini, apa yang baik tu kita ambillah buat pengajaran dan yang buruk tu kita tinggal2kanlah.. Semua orang sudah besar dan pandai berfikir bukan? Apapun, sayangilah negara kita.. Malaysia, I love you.. Peace no war yah!!

Posa pon ada do and don'tssnya.. Jangan nak memandai aje ye..Hehe..
Ahlan Ya Ramadhan!


Akhir kalam, di bulan Ramadhan yang mulia ni, ana nak nak mengajak diri ana dan anda semua.. Jomlah kita pakat sama-sama jadi budak baik.. Insan yang soleh.. Muslimah yang solehah.. Mungkin dalam bulan Ramadhan ni kita rasa punya sedikit kekuatan untuk berubah dan mengislahkan diri kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna.. Yang sudah baik tu pula pertingkatkanlah lagi amalan padaNya kerana barangkali sebenarnya masih belum cukup baik lagi disisiNya.. Sesungguhnya hanya taqwalah nilaian Allah pada hamba-hambaNya.. Selamat menunaikan ibadah puasa ya semua! Ramadhan Kareem~
Saatnya sekarang kita beristirehat dalam perjalanan "dunia" ini..
Saatnya juga kita bersihkan jiwa yang kotor lagi berjelaga ini..
Saatnya juga untuk kita menikmati betapa limpah dan indahnya kemurahanNya..
Dan saatnya sekarang kita menginsafi dan memulakan penyucian diri..
Bersama kita leburkan kekhilafan padaNya juga sesama kita..
Moga kita menjadi pilihanNya untuk diterima doa2nya dan dipertemukan
dengan keagungan Lailatul QadarNya..

Salam Ramadhan buat anda semua dan selamat berpuasa..

notatambahsukahati: sapa yang nak kena gi BTN tu pergi sajala ya! Kang tak cukup syarat lak nak wat degree, master, phd bagai.. =P anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi..lalala~ (lagu BTN)

notatambahsukahati2: doakan kami semua lulus ujian BTN tu.. susah jugakla soklan2nya..huhu (tula hal negara sendiri pon xmo ambek tahu sangat sblm ni..haha)

Monday, August 17, 2009

BTN ohw~ BTN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat hari Ahad buat kalian. Moga hari ini ceria- ceria saja hendaknya buat anda.. No time to update banyak-banyak. I'm just wanna tell u that I'll be at Meru, Klang kira-kira for one week 5 days starting from tomorrow morning2 until..er..Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat.. Friday insyAllah.. Okey, akan berada di sana for sure because of BTN. Apakah BTN ni?? Ntah, ana pon taktaw.. Apa yang ana taw BTN merupakan singkatan bagi Biros Tatas Negaras..Tapi jangan risaw, balik BTN nanti bila ana dah taw jenis apakah program ini ana akan bagitahu anda semua yah! Tu pun kalaw nak tawla.. Jadi esok, 17 Ogoss seawal 7.00 pagi lagi ana mesti sudah berada di depan JAIK untuk berangkat ke Klang. InsyAllah kami akan menaiki bas Durian Burung. Ok, just pray for me yah!!


Syawal Ramadhan yang dirindui bakal menjelang tiba.. Tak sabar rasanya untuk bertemu! Buat anda semua, Selamat Menyambut Ramadhan al- Mubarak bagi tahun 1430 ini.. Semoga Ramadhan kita pada kali ini lebih bermakna dan membawa seribu rahmat serta keberkatan dalam hidup kita..

.

.

.

Style orang Arab bila Ramadhan tiba mereka amatlah memuliakan bulan ini. Ada satu perkara menarik yang ingin ana kongsikan kepada anda tentang budaya mereka.. Apabila mereka berjumpa dengan kawan-kawan, mamak roti canai, polis trafik, or saudara-mara, mereka akan bersalaman.. bertegur sapa, bercanda.. dan tak lupa untuk bertegur sesama mereka..


"Ramadhan Kareem... (Ramadhan yang Mulia.. ataw dalam nada kita..Wah, mulianyaa ya Ramadhan ni!!) "


dan sacara automatiknya saudaranya akan membalas sambil tepuk-tepuk bahu member tadi..


"Allahu Akram..! (Allahlah yang paling mulia.. means in Melayu kita.. Semulia- mulia Ramadhan itu mulia lagilah pencipta bulan itu iaitu Allahu Subhanau wa Ta’alaa..)


So lepasni kalaw anda jalan-jalan dan terserempak dengan kenalan-kenalan anda, sama-samalah kita beramah-tamah macam budaya orang arab ni di samping tu secara tak langsung kita sudahpun menzahirkan amalan memuliakan Ramadhan ini.. Kan lebih meriah gitu.. Ok, Selamat mencuba ya!

Akhir kalam, salam Ramadhan buat anda dan Assalamualaikum.. Ramadhan Kareem...=)

notatambahsukahati: *teruja*excited*can't wait!*nak balik posa kat umah lepas BTN..hee..

Thursday, August 13, 2009

program HARI itu..

Bismillahirrahmaanirrahimm..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Kali ni ana nak update mengenai peristiwa yang berlaku dua minggu lepas. Even sudah basi untuk diceritakan, ana nak share jugak2 dengan anda..Hehe

(gambaq ni ana curi dari Pu3 Balqiss ..=P)

Nampak tak? Kat nametag tu tertulis Majlis Suaikenal Pelajar Ke Timur Tengah 2009.. Program ni diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang pada 2, 3 dan 4 Ogos haritu.. Dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah dan pesertanya terdiri daripada kalangan bakal siswa dan siswi yang akan melanjutkan pengajian di Mesir, Jordan , Arab Saudi dan searea dengannya..Kira, sapa-sapa yang nak sambung belajar ke Australia ka.. Karachi or Beijing ka.. memang takdaklah dalam program ni.. Just yang nak ke negara timur tengah sahaja ok.. Lagi tentang program ni.. Hanya untuk anak-anak Kedah dan mereka yang belajar di sekolah-sekolah menengah di negeri Kedah sahaja.. Cukup.

Hurm.. Alhamdulillah.. keseluruhannnya berjalan lancar. Pengisian utama program tak lain tak bukan ceramahla.. Hee.. Semuanya menarik dan best2 belaka.. Akan tetapi tiada aktiviti lain selain dari ceramah, makan 6 hari sekali, rehat sepetang, posing2 tepi tasik.. Cuma itu sahaja pengisian program kami untuk kali ni.. Huu..=P

Memandangkan tiada pembahagian kumpulan apatah lagi aktiviti berkumpulan dan seumpama dengannya, maka terasa juga sedikit ke-tak-syokkan bila berprogram.. Selalunya bila ada LDK, riadah dan lain-lain, para peserta berpeluang untuk berkenalan dan bekerjasama antara satu sama lain. Tapi sebaliknya yang berlaku apabila mereka hanya berkawan dengan geng masing-masing sahaja (ikut sekolah2).. Hurm.. Nampak asobiyah jugalah..

Ceh, nak kata kat orang pulak.. Taklah! Ana akui.. ana juga begitu. Hehe..

''Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah saudara..
Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat..''
(Surah al-Hujuraat: 10)

Apapun, jika punya waktu terluang kami bertaaruf juga dengan peserta-peserta yang lain. Tak boleh kenal banyak, sikit pun jadilah. Kurang- kurang pon orang atas depan belakang kiri kanan katil tu kenal2lah juga.. Cumanya agak terkilan sedikit bila program "suaikenal" sebegini peserta tidak diberi peluang yang khusus untuk mengenali lebih rapat. Relevannya, bukan semua dalam kalangan kami akan ke tempat pengajian yang sama nanti. Hurm...

Walaupun macam tu, ingin ana katakan juga kepada adik2 Jordan yang ana kenal masa program (entah berapa kerat je..including Husna n Einsyie), moga ukhwah kita berkekalan. Walaupun mungkin kita tak berpeluang untuk berjumpa lagi selepas ni, kamu keep in touch okey! Ingat tu..

Kepada sahabat2 yang nak sama-sama ke Mesir, insyAllah kita masih sempat ketemu lagi. Kalaw bukan disini maybe di sana insyAllah.. Tapi kot mana pon.. BTN lepas ni kita jumpak balik gak kan? Hehe..=P

notatambahsukahati1: Dah bayar tambang tiket flight ke Mesir di Alor Star kelmarin..InsyAllah akan berangkat ke sana 24 September ni.. Raya ke-4 tu.. Jom sama2 hantar kami di KLIA nanti!

notatambahsukahati2: Eh, bila depa nak umum yek sapa yang menang contest tu? Ada sapa2 yg taw? Hee..